Tuesday, October 18, 2005

Hidup Baru

Sekian lama tidak menulis... membuatkan saya kembali ke alam blog ini... apa khabar semua? Moga Ramadan kali ini membawa seribu erti, seribu harapan, seribu keampunan dari yang Maha Esa...

Tahun ini juga, saya berpuasa tanpa insan yang disayangi... 2 tahun jalinan kasih sayang yang kami bina, kandas di tengah jalan... salah saya? mungkin juga.. tapi apa pun, saya masih tidak dapat melupakan 'dia'... gelak manjanya, senyum manisnya dan raut wajahnya yang tak lekang daripada wuduk, membuatkan saya tidak mudah untuk melemparkan takhta yang didudukinya dalam hati saya....

Takdir menentukan, sebaik sahaja 'dia' minta di'lepas'kan, saya mendapat pekerjaan tetap... luka, pedih di hati ini memang agak dalam.. seingat saya, paling dalam pernah saya alami... mungkin lama lagi baru hati ini terbuka untuk berkasih semula... apa pun, itu ketentuan-Nya.. jika dalam masa terdekat ada insan yang telah ditakdirkan bersama saya, tidak mustahil kasih akan bertaut, cinta akan bersemi semula... Andai 'dia' terbaca luahan ini, saya mohon maaf.. tiada niat untuk memalukan, hanya sekadar saya ingin meluahkan rasa hati... saya pasti ada ramai lagi yang seangkatan dengan saya...

Tak apa lah... mungkin bukan jodoh saya... hidup mesti diteruskan... apa2 pun selepas ini saya nak pastikan ekonomi saya mantap dulu, kemudian baru saya fikirkan tentang teman hidup... andai kata adik2 saya mendahului saya pun, tak mengapa... biar mereka bahagia... SAYA BERKORBAN SEGALANYA, DAN AKHIRNYA SAYA JUGA TERKORBAN... SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA...