Saturday, August 29, 2009

Snow Leopard Is Now Available!

The world's most advanced operating system is now refined. In ways big and small, Mac OS X Snow Leopard makes your Mac faster, more reliable, and easier to use.

Click here to get know the Snow Leopard

Wednesday, August 05, 2009

Jika kerajaan ambil peduli....

Petikan daripada email...

Kalau kerajaan AMBIL PEDULI orang bawah maka Malaysia ni aman, tak der demonstrasi, tetapi rintihan rakyat banyak yang tidak didengar lagi...tak rasa tak tau...Saya lihat bagaimana Penguatkuasa merampas barang-barang orang miskin yang berniaga jual buah longgok2 di pasar malam...habis kereta sorong dipecah2..Kasihan orang tua, nyonya tua nak hidup...Berapa sen kah untung yang nyonya tu dapat?...Buah2 tu diambil bawa masuk lori dan ada yang memakannya.. .HARAM JADAH...

Orang jual
goreng pisang, jual air tebu, jual air kelapa [ Tak der lesen ] mereka rampas / saman....TAK KAH CELAKA!! akhirnya Rakyat2 miskin merasa dendam pada Pemerintah.. / Penguatkuasa. .Mereka nak makan apa kerana banyak telah dibuang kerja. Minta lesen, minta warung TAK DAPAT....

Minta permit teksi...tak boleh kasi Individu...bagi pada syarikat. syarikat kasi apda individu sewa beli....Sewa permit RM 50.00 sehari, bayar kereta...Bayar Petrol Kalau dapat RM 100 sehari, tolak sewa, tolak minyak dapatlah 30.00 untuk 14 jam bekerja..kasihan. ..Tak ke Celaka tu!! Tol lagi sana sini...sedangkan Menteri2 hidup macam sultan, komisen sana, komisen sini, chairman sana chairman sini duit rasuah lagi...Astaghfirullah...Anak haram! Oh zalimnya engkau wahai Pemimpin....

Kerajaan suruh buat kolam Ikan...bagi pinjaman...tak leh nak jual langsung kerana tiada lesen dikeluarkan oleh FAMA...kena jual kat FAMA, harga dia tentukan..harganya jauh lebih murah dari harga pasaran kerana FAMA jadi orang tengah nak supply pada Peniaga Pasar Malam....Kita bagi makan pelet pada ikan dan mahal tu...Kita bukan bagi makan tahi atau bangkai....Cam mana Rakyat tak naik angin...Baru nak berniaga akhirnya Bankrap...Bank kejar suruh bayar..TEKUN kejar suruh bayar...

Banyak lagi yang dapat kita lihat...tak kena tak tau...Kalau nak berniaga kecil kecilan MESTI jadi Gengster...Kalau Penguatkuasa yang Kurang Asam datang kacau kita belasah ramai2...

Tempat saya tu budak2 berniaga jual burger cari duit untuk belajar..Malam2 buta pun Penguatkuasa datang...Minta
Pau RM 50.00...dua tiga hari lagi datang lagi...Berapa lah budak2 tu dapat...Bukan kah CELAKA tu...

Yang bernasib baik ada kabel dapat lesen...alhamdulillah...Kasihan. ...apalah salahnya bila mereka nak berniaga minta lesen..bagi saja. Kerajaan dapat kutipan Lesen, Rakyat selesa..Ni tak boleh kasi...[ Dah cukup kuota!! ] Rezeki orang mereka yang tentukan....

Kebanyakan mereka ini adalah anak bangsaku.... Bangsa Melayu...Penguatkuasa pun kebanyakan bangsaku juga...Melayu yang bangsat!!

Disamping adalah segelintir yang bagus dan baik2...Alhamdulillah...

Maaf
yer teremosilah plak....tapi sama sama lah kita memerhatikannya. ..

Thursday, June 11, 2009

New iPhone 3G S



Apple has launched the new iPhone 3G S, with new features, it is much awaited by iPhone fans around the world. Below are some of the new features available with the new iPhone 3G S :

The Fastest iPhone Ever

The first thing you’ll notice about iPhone 3G S is how quickly you can launch applications. Web pages render in a fraction of the time, and you can view email attachments faster. Improved performance and updated 3D graphics deliver an incredible gaming experience, too. In fact, everything you do on iPhone 3G S is up to 2x faster and more responsive than iPhone 3G.


Cut, Copy & Paste

Cut, copy, and paste words and photos, even between applications. Copy and paste images and content from the web, too

Landscape Keyboard

Want more room to type on the intelligent software keyboard? Rotate iPhone to landscape to use a larger keyboard in Mail, Messages, Notes, and Safari.

Messages

Send messages with text, video, photos, audio, locations, and contact information. You can even forward one or more messages to others.

For more info, go to
www.apple.com/iphone

Wednesday, May 06, 2009

Kisah penjual tempe

Petikan daripada email...

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. 

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. 

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin" 

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. 

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin" 

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. 

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. 

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. 
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. 

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ... Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." 

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. 
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". 

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. 
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" 

Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. 
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan Allah. Tuhan... 

Moral Cerita: 
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. 
2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. 
3. Tiada yang mustahil bagi Allah 
4.Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan

Time to move on...

Yup, thinking of moving on right now.. in job hunting mode... got one interview session next week.. hopefully it goes well.. seeking for better opportunity.. some people might said, it;s better to stay due to the economic recession.. but for me, life must goes on.. I can wait for one year or more, but the environment in the office is kicking my butt! I'm looking for satisfaction in my work... and that is something I can't get in the current company... wish me luck peeps... chiow...

Friday, April 17, 2009

Another by election in Penanti

Ex Deputy Chief Minister 1 of Penang, Mohd Fairus Khairudin announced his resignation as Penanti Assemblyman making way for a by-election. Read here.

Friday, March 27, 2009

New iMac, Mac Mini & Mac Pro



Apple has done it again...without Stevie wandering around, they announce the newline of updated iMac, Mac Mini & Mac Pro.. I should be posting this entry before the iPod Shuffle launched, but works has been chasing me around..

Thursday, March 26, 2009

Pemilihan UMNO & Senario

Semalam berlangsung sudah pemilihan Ketua Pemuda, Ketua Wanita & Ketua Puteri UMNO... senarai penuh di sini. Hari ini akan ada persaingan sengit bagi jawatan Naib Presiden & Tim.Presiden.. Saya bukan penganalis politik, hanya sekadar pemerhati..kerana apa yang berlaku dengan politik, ada kaitan dan memberi kesan dengan kehidupan kita seharian... ada rakan-rakan saya mengatakan, malas nak ikut perkembangan, bosan, menyampah dengan apa yang berlaku.. tapi janganlah sampai tak tahu apa-apa langsung.. nampak sangat tidak prihatin... cuma ambil tahu perkara bukan politik.. tapi perlu sedar, akhirnya apa yang nak dilakukan sama ada bisnes atau kerja makan gaji, tetap akan ada kaitan dengan politik.. dulu, saya pun berfikiran begitu juga..tapi akhirnya saya sedar, pusing kot mana pun, jumpa politik juga.. kita tunggu dan lihat apa pula keputusan pemilihan hari ini.. saya berharap sangat agar pihak polis tidak bertindak sewenang-wenangnya di 2 bukit dan 1 batang itu...

Thursday, March 12, 2009

New iPod Shuffle


Apple just announced the new iPod Shuffle.. smaller than the previous one.. Not just small, it can talk to you.. no lah, just kidding... but truly, it has VoiceOver feature which can help to identify which playlist you want to play & the song's name despite of there is no display on the iPod itself. Retail price in Malaysia is RM309.. with 2 choices of color; black & white.


Monday, March 02, 2009

Nokia 6233

I'm currently using the Nokia 6233.. it has been 2 years... and last 2 weeks, the OS goes haywire.. I suspected a virus has infected my phone OS.. when reboot, the phone only shows white screen (other version of windows blue screen).. It didn't display anything.. so yesterday I went to Low Yatt plaza to reprogram my phone.. while waiting for the phone, I went window shopping for handphones... I only eye for used handphone as I don't want to spend more money (if I decided to buy one after this)... my nokia reprogramming cost me RM30 and I also changed a new battery, costing me another RM25. My 6233 is a used handphone so the battery has to be changed..now I can use the 6233 but all the data in the phone memory can't be saved.. luckily I've done a backup copy last july 2008.. so hopefully I can retrieve most of the phone numbers.. maybe my next phone would be a Sony Ericsson (and yes, I'll look for a used SE!)..

Wednesday, February 18, 2009

Busy

Has been a busy week... sorry, I haven't manage to upload the pics... anyway, there'll be 3 by election if Elizabeth's resignation is accepted by the Selangor Mentri Besar and permitted by the Sultan.. 3 states in a row (Perak, Kedah & Selangor).. what's in Najib's mind?


Thursday, January 29, 2009

Pantai Balok Escapade

Just came back from Pantai Balok, Kuantan for a holiday and a family day... we rent camps there.. there were 9 camps rented from Majlis Perbandaran Kuantan operated resort... will post some pics later...

Friday, January 23, 2009

Retrenchment Kick Off!

In news paper today, has started reporting many companies exercising retrenchment.. I'm praying that my company don't have to do so... as we are a small scale company... One of my friend has been layed off last two days... given the notice in the morning, then he packed all his things and went home.. luckily the company will give him compassionate salary for three months. so he'll have some time to find another job.. oh, his company is US based... what I heard before, Intel will cut down their workers in Penang & Phillippines.. Even HP is downsizing worldwide... Let's pray so that our local companies can survive the coming economic turbulent...

Tuesday, January 20, 2009

MC Today...annoying management..

MC today..on sick leave... got fever with cough & flu... whoaa... not feeling very well.. today also in my office, they got stave's meeting.. one of my colleague told me that, my boss ask for anybody whose not around, then they told that I'm on sick leave due to fever..well you know how he respond? He said that he also got fever but he came to the office... what the h*ll? It's getting annoying in my office now.. thinking of job hunting...yup job hunting... some people might said that it's safe for me to stay at the current company, but i'm thinking the other way around.. anybody got vacancy for a grahic designer?

Friday, January 16, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

Petikan daripada Utusan Malaysia.

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat
Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca
sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk
http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). 

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (
CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (
Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa? Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500. Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta). 

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa? Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Monday, January 12, 2009

PDRM New Evo?


Nice siren...


with this car, should encourage young people to become policemen!



With turbo engine, it will be a good companion to our traffic police!

It has been reported that our PDRM being equipped with Mitsubishi Evo Lancer X for high speed pursuit! Now beware Mat Rempit... you can't get away easily with this machine chasing you! 25 unit are supplied to them... get ready! set! and go!

Epicentre Membership

Went to Epicentre@Pavillion yesterday.. and got my membershipcard..

Friday, January 09, 2009

New Macbook Pro 17"


I'm sure out there, there are a lot of Mac fans waiting for this machine to come out.. and here it has.. announced at Macworld 2009 by Phil Schiller, MBP 17" will make everyone "aww" at it.


Thursday, January 08, 2009

iLife '09 & iWork '09




New line of iLife '09 & iWork '09 from Apple.
 

Apple Introduces iLife ’09
Major Upgrades to iPhoto, iMovie & GarageBand

SAN FRANCISCO—January 6, 2009—Apple® today introduced iLife® ’09, which features major upgrades to iPhoto®, iMovie® and GarageBand®, and includes iDVD® and an updated version of iWeb™. iPhoto ’09 builds on the ability to automatically organize photos into Events by adding Faces and Places as breakthrough new ways to easily organize and manage your photos. iMovie ’09 expands on the revolutionary super fast movie creation introduced in iMovie ’08 by adding the depth users want through powerful easy-to-use new features such as the incredible new Precision Editor, video stabilization, advanced drag and drop, and animated travel maps. GarageBand ’09 introduces a whole new way to help you learn to play piano and guitar with 18 basic lessons and optional lessons from top artists such as Sara Bareilles, John Fogerty, Norah Jones and Sting. iLife ’09 is included with every new Mac® purchase and available as a $79 upgrade for existing users.

“iLife continues to be one of the biggest reasons our customers choose to get a Mac,” said Steve Jobs, Apple’s CEO. “With iLife ’09, we’ve made working with photos, making movies and learning to play music a lot more fun, and iMovie users are especially going to love the advanced but easy-to-use new features.”

iPhoto ’09 makes it even easier to browse and search photos, not only by when they were shot (Events), but by who appears in them (Faces) and where they were taken (Places). iPhoto automatically scans photos to detect people’s faces and when you assign a name to any face iPhoto will automatically find more pictures of that person. The library can be searched by name or browsed using the new Faces View. Places automatically imports photo location data from a GPS-enabled camera or any iPhone™ or you can manually assign a location to any photo, group of photos or event. Once iPhoto knows where photos were taken, you can easily explore them with a simple search or an interactive map. iPhoto ’09 lets you easily publish photos to Facebook or Flickr. Photos published to Facebook include assigned names, and name tags added on Facebook sync back to iPhoto. You can also share photos by creating a themed slideshow to play on your Mac, iPhone or iPod®, or create a beautiful travel book, complete with customized maps of your journey.

iMovie ’09 adds powerful, yet easy-to-use new features to let you create a movie quickly, or add refinements and special effects to your project if you have more time. Drag and drop one clip on top of another to reveal new advanced editing options, including replace, insert, audio only, and even picture-in-picture or green screen. With the revolutionary Precision Editor, you can skim and click on a magnified filmstrip to view clips up close and fine tune any edit, like identifying precisely how much to keep, where to cut, use sound from one clip with video from another and more. iMovie ’09 analyzes video and reduces camera shake in clips when added to your project. New titles, transitions, cinematic effects, speed changes and animated travel maps add professional polish to your movie. 

GarageBand ’09, the updated version of Apple’s popular software used by millions to play and record music, now gives budding musicians a fun new way to learn to play piano and guitar. Basic Lessons let you learn the fundamentals at your own pace with Apple instructors in beautiful HD video synchronized to animated instruments and notation. Artist Lessons feature original artists showing how to play their hit songs with everything from finger positions and techniques to the story behind the song. Choose from lessons by popular artists including: Sara Bareilles, Colbie Caillat, John Fogerty, Ben Folds, Norah Jones, Sarah McLachlan, Fall Out Boy’s Patrick Stump, OneRepublic’s Ryan Tedder and Sting. Artist Lessons are sold separately at the new GarageBand Lesson Store, available inside the GarageBand ’09 application. GarageBand ’09 also includes exciting new guitar amp and stomp-box effects, and Magic GarageBand Jam that lets you play along with a virtual band that you create.

iLife ’09 includes iWeb ’09 for authoring custom websites and iDVD ’09 for creating DVDs. iWeb ’09 adds new iWeb Widgets, such as iSight® video and photos, a countdown timer, YouTube video and RSS feeds. New integrated FTP publishing allows you to publish your website to virtually any hosting service and updates to your site can now be automatically added to your Facebook profile.

Tuesday, January 06, 2009

X-MEN ORIGINS: WOLVERINE

Kind of movie I've been waiting for.. X-Men Origins : Wolverine.. 2009 in the cinema!

Monday, January 05, 2009

Uh-oh

While the Obama administration might not have gotten off to a picture-perfect start, that doesn't mean, necessarily, that the country is ready for another President Bush yet. But down the road? Perhaps, according to George H.W. Bush, the father of the current president. Speaking of his No. 2 son — former Florida Gov. Jeb Bush — the ex-president said on FOX News Sunday, "I'd like to see him be president some day." Pressed further, Bush backtracked a little: "Right now is probably a bad time, because we've had enough Bushes in there."

Are we seeing another dynasty of Bush? Hopefully the Americans can throw away this Bush family... they only want to make the world as their playground.. Sh*t!

Palestin diganyang!

Satu petikan yang aku dapat dari email, renung-renungkan dan selamat beramal!

Sejak beberapa hari yg lepas, dunia dikejutkan buat kesekian kali yg entah ke berapa sejak tahun 1948 tentang pembantaian@brutality, uncivilised action terhadap umat Palestin. 

Diberitakan (up to date), 360 nyawa telah terkorban, 700+ telah cedera sejak Israel laknatullah melancarkan bom ke wilayah Palestine sejak 3 hari yg lalu. 

Otakku ligat berfikir... 
Seluruh dunia mengecam 
Yahudi dan falanist 
Ganas, buas, bengis kejam 


Apa yang kita mampu buat : 

Di Beirut - ribuan umat Islam berarak di jalanraya membakar bendera, memijak gambar bush. Hasilnya 1 maut dan berpuluh lagi cedera setelah bertempur dengan polis sendiri. 


Di Indonesia - ribuan pelajar menunjuk perasaan dijalanan. 
Bakar bendera, pijak gambar pemimpin yahudi dan pemimpin Amerika. 
Dua cedera kerana dirempuh penunjuk perasaan. 


Di Jerman - ribuan rakyat Palestin dan penyokong mereka beraras di jalanan. 
Bakar bendera, bakar gambar. 
Tujuh orang penunjuk perasaan cedera di belasah polis. 


Di Malaysia - Kempen pun bermula tiga hari lepas. 
Boikot Nescafe , boikot McD, boikot Tesco . 
Boikot semua barangan yahudi . 
Semalam saya pergi Tesco ... saja jalan2 tengok apa yang orang Malaysia beli. 
Tesco penuh sesak, isteri pergi shopping. 
Dalam troli ada Nescafe. 
Bapa melayan anak-anak kat McD. 

Bila rakyat Malaysia nak berarak di jalanraya ? 
Tunggu hari jumaat ... 
lepas solat jumaat kumpul ramai-ramai depan masjid... 
ganggu orang lalu lalang. 
Lepas tu berarak pergi ke Kedutaan Amerika . 
Menjerit... bakar bendera, pijak gambar Bush. 

Bendera beli di Tesco . 
Jom kita bakar ramai-ramai. 


Itulah sahaja yang umat Islam mampu buat. 
Berarak, buat bising dijalan, baling batu, bakar bendera, pijak gambar. 
Lepas tu lapar ... pergi makan kat McD. 

Orang Yahudi ketawa besar. 
Umat Islam cuma mampu menjerit di jalanan. 
Bakar bendera, pijak gambar. 


Umat Islam tiada semangat untuk berjuang. 
Semangat mereka telah dipadamkan oleh pemimpin-pemimpin Islam. 
Berperang bukanlah lagi jihad sebenar. 


Ada yag kata :- 
Ekonomi adalah jihad sebenar. 
Membina senjata bukan wajib bagi umat Islam. 
Perusahaan makanan lebih penting. 
Mengangkat sejata melawat kafirrun bukan lagi wajib. 

Wajib bagi kita ialah membina ekonomi. 
Membina ekonomi adalah jihad yang utama. 
Mari kita sama-sama membangunkan ekonomi berlandaskan riba' yang dicipta oleh yahudi. Ekonomi adalah jihad sebenar. 


Di Genting Gaza... lebih ramai yang mati. 
Yang kebuluran, yang menanti maut. 


Umat Islam di negara-negara lain sedang bermaharajalela dijalan-jalan raya. 
Bakar bendera, pijak gambar. 

Teruskanlah ... jihad sebenar ialah ekonomi 

Betul ke? 
Lalu aku teringat satu petikan dalam buku Rahsia Solat Subuh 

"Yahudi tidak akan takut pada org Islam selagi jemaah solat Subuh tidak menyamai jemaah solat Jumaat" 

tu dia...."Jawapannya
Selagi kita tak mendaulat Islam as WAY OF LIFE... 
selagi tu la org kafir tak takut dengan kita.

Sunday, January 04, 2009

Damn Israel!


We have been shocked for the new attack of Israelis army to Palestinians...more civilians die for nothing.. powerless civilians vs fully, heavily armed Israelis elite commandos.. what the hell..?! are they nuts? but got one theory saying that, US giving the green light to Israel just to provoke Iran..when Iran get involve in this war, then US got an excuse to push the 'Weapon of Mass Destruction Prevention' button and attack Iran.. well, this will also escalates the weapon industry demand in the US.. this is one way for US to overcome their financial crisis.. maybe this is the only way, who knows.. for all muslims, please pray to Allah.. for the sake of our brothers in Palestine.. May Allah protect them & give them strength to defend their rights... Ameen ya rabbal alamin...