Friday, June 27, 2008

Centre of Exellence





Pagi tadi sempat ke Proton Centre of Exellence kat tepi lebuhraya KESAS.. buat apa? Ada la.. nanti akan aku dedahkan...hehehe... tak sangka, besar betul bangunan ni... ada showroom dan jugak bagi yang berminat nak tahu sejarah Proton dari zaman Saga sampai la keluar Saga baru nih, boleh tengok kat sini.. sempat la aku ambik gambar Gen.2 yang dah make up dan aku berkenan tengok sport rim yang dipasang kat Gen.2 nih.. cuma tertanya kenapa Proton tak keluarkan semua Gen.2 guna sport rim ni berbanding rim yang ada bulat-bulat corak (kecuali rim untuk Gen.2 model terbaru yang CPS dan IAFM, rim yang ni pun aku berkenan jugak)... 

Tapi kalau la lampu depan, bumper depan dan rim Gen.2 CPS/IAFM ni dipasang kat Persona pun cantik jugak... (Gambar Gen.2 CPS oleh Paultan)

 

Thursday, June 26, 2008

Starbucks di IPTA?

Petikan Utusan Online hari ini..

Starbucks beroperasi di IPTA PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada kafe francais seperti Starbucks, kopitiam dan Dunkin Donuts untuk membuka premis mereka di pusat tumpuan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, sebelum beroperasi kafe-kafe francais itu perlu mendapatkan kebenaran naib-naib canselor universiti berkenaan dan diwajibkan menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar. Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun liputannya masih belum menyeluruh. Menurut beliau, pada masa ini ramai penuntut universiti sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di pusat bandar sambil melakukan tugasan mereka. “Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti kalau usaha ini boleh menggalakkan pelajar melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi,” katanya selepas menutup Konvensyen Pengetua dan Kolej Kediaman IPT Peringkat Kebangsaan di sini. Idris menambah: “Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi kafe-kafe itu mesti beroperasi di pusat tumpuan pelajar.” Katanya, kewujudan kafe-kafe francais di IPTA akan meningkatkan lagi keselesaan para penuntut IPTA kerana kemudahan Internet membantu pembelajaran mereka. Bagaimanapun, katanya, pemilik kafe-kafe itu perlu memberi subsidi kepada penuntut kerana harga minuman dan makanan di premis itu agak mahal.

Dah lama aku tak menjenguk, meneguk atau menelan apa-apa yang dijual kat Starbucks ni... apa-apa pun, aku kurang setuju dengan pembukaan kafe-kafe macam ni kat IPTA... dah tu boleh pulak nak suruh peniaga-peniaga ni bagi subsidi? Macam menongkah arus je dengan polisi sekarang yang nak kurangkan subsidi...

Apa pun aku tak nak komen banyak-banyak pasal polisi, nanti tak pasal-pasal kena gam! Cuma sebagai seorang Muslim, aku harap kita renung semula siapa pemilik Starbucks nih... boleh cari dalam Wikipedia... Tengok agamanya...

Kita membantah Israel a.k.a Yahudi menzalimi Palestin, tapi pada masa yang sama, kita jugak yang bagi 'dana' kepada mereka dengan menyokong produk-produk Yahudi.. terpulang.. sekurang-kurangnya aku dah jalankan tanggungjawab aku.. korang pikir la sendiri!..


Ni la dia pemilik Starbucks


Tuesday, June 24, 2008

KISAH BORANG TUNTUTAN TUNAI REBET

Ada beberapa email yang aku terima menyatakan boleh download borang tuntutan rebet untuk diisi dahulu,, tapi akhirnya kena juga ambil borang di pejabat pos sebab dikatakan borang download tu takde no.siri... APA CITER NI? Ni la dia polisi & birokrasi yang buat rakyat marah & bengang... flip-flop.. nak bagi rebet, tapi macam tak nak bagi...aku yang beriya-iya la download kononnya nak isi awal terpaksa batalkan niat aku tu... nampaknya kena ke pejabat pos juga & isi borang di sana... huh...

Thursday, June 19, 2008

IE 5.5+ PNG Fix

Sometimes when I designed a website, got frustrated with IE 6 support of native PNG transparent files. It doesn't display correctly compared to Firefox and other open source browser (for Mac they have Safari & Camino). You might wanna read it here.

Tuesday, June 17, 2008

Dah Susah, Makin Menyusahkan

Sekarang ni, nak buat loan bank pun susah.. makin ketat angkara kenaikan segala kos... bagi yang bercita-cita nak beli kereta atau tukar kereta (macam aku), hanya Proton & Perodua sahaja la yang tinggal. Jenama lain tu boleh kirim salam.. kalau anda banyak duit & tak tahu nak buat apa, boleh la beli cap-cap Jepun atau Eropah... aduhai... Selamat Pengantin Baru Puan Daun! Sorry la tak dapat datang... ada urusan yang tak dapat dielakkan...


Friday, June 06, 2008

Photoshop CS3

Just trying & playing with Photoshop CS3.

Life Must Goes On

Second day on RM2.70/liter petrol. We are seeing many demonstration since yesterday... People are getting stressed. Monthly budget already getting tight.. We are expecting the oil price hike but not this high! Oil price increased while our income per month doesn't increase at all!... No wonder many of us out there are furious about the decision. A group calling themselves as PROTES are planning to do some demonstration on 12th July if the government still maintaining the current oil price.

Would it be the same as "Bloody Sunday" on 28th May 2006? It is suppose to be a protest of anti-oil-price- hike-kind of demonstration but as you can notice, when the Federal Reserved Unit (FRU) interfere and starting to provoke the crowd, blood was spilled out.

















(Picture from Malaysiakini)


Is this the way we want it in Malaysia? So pls... I'm hoping the government would listen to the people's voices... not just doing whatever they want... Malaysians are suffering... following the oil price hike will be our daily goodies such as rice (price are already hiking), sugar, flour etc. you name it... today everything is getting expensive while our monthly income still the same.. dang!!..

Well people, pity me, I'm going back to my home town today... and "enjoying" the journey while filling my tank with newly structured oil price (Ouch)! Thank you Malaysian Government!...

Thursday, June 05, 2008

Ubah gaya hidup

Teringat plak aku kat video yang disiar dalam youtube masa pilihanraya dulu... Apapun, kena la lebih jimat cermat lepas ni..

Minyak lagi

"The price of crude oil has increased by 400 percent in the last three years. It follows that the price of products must increase, sooner or later. In other countries petrol prices had already increased. In the United Kingdom one litre of petrol sells for more than one pound sterling or RM7. In the United States it is about RM5." --> Boleh baca di blog Tun Dr Mahathir.

Perdana Menteri humban rakyat ke arah hidup lebih terdesak

Petikan dari Harakahdaily

Wartawan Kita

Wed | Jun 04, 08 | 7:43:57 pm MYT

KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Terima kasih rakyat Malaysia yang memberi kuasa kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertakhta semula pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan terimalah pengundi BN dengan dada terbuka.

Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan kenaikan bebanan hidup yang semakin mendesak sekarang.

"Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini.

Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.

"Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia.

"Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini," ujarnya.

Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul.

Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Minyak Naik Lagi

Minyak naik lagi... selepas kenaikan 30 sen pada tahun 2006.. tahun ini pengguna dikejutkan lagi dengan kenaikan drastik sebanyak 78 sen bagi bahan bakar itu. Kalau sebelum ini, kereta aku pakai RM10 sehari untuk ulang alik ke tempat kerja, hari ini aku terpaksa isi RM20 untuk perjalanan 2 hala itu.. Dari Petaling Jaya ke Wangsa Maju malam tadi mengambil masa 2 jam 30 minit gara-gara kenderaan beratur panjang di semua stesen minyak. Sakit kaki beb main minyak & brek (walaupun kete aku auto)...

From paultan :

The following is the new prices of petrol effective from midnight (05/06/2008) :


New Price Old Price
RON97 Petrol RM2.70 per liter RM1.92 per liter
RON92 Petrol RM2.62 per liter RM1.88 per liter
Diesel RM2.58 per liter RM1.58 per liter


Petikan dari Utusan Online :

Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43



FENOMENA SATU NEGARA... Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api. Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara.


PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.

Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.

Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.

Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.

Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP).

Abdullah menjelaskan, subsidi bahan api distruktur semula bagi memastikan bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil dan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Subsidi bahan api tetap diberikan kepada rakyat di bawah penstrukturan baru itu, kata Perdana Menteri.

“Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual.

“Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen.

“Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah.

Diskaun itu, kata beliau, akan diberi secara tetap. Walaupun harga minyak diselaraskan sebulan sekali, kerajaan akan memastikan diskaun 30 sen itu terus diberi, ujarnya.

Utusan Malaysia difahamkan, mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini.

Semasa sidang akhbar, Perdana Menteri ditanya kemungkinan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan itu menyebabkan kerajaan pimpinannya kurang popular di kalangan rakyat.

Abdullah menjawab: “Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.''

Menjawab soalan daripada seorang wartawan Indonesia yang mengatakan di negaranya kenaikan harga minyak telah mencetuskan demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan, Perdana Menteri berkata:

“Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini.

“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.''

Abdullah memberitahu, Kabinet yang membincangkan soal kenaikan harga minyak dalam mesyuarat selama empat jam hari ini meneliti satu per satu kesan yang akan timbul daripada keputusan itu.

Sidang akhbar Perdana Menteri hari ini turut disertai anggota-anggota Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsyam A. Aziz.

Turut hadir ialah Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohd. Noh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Dr. Sulaiman Mahbob.