Friday, June 27, 2008
Centre of Exellence
Thursday, June 26, 2008
Starbucks di IPTA?
Starbucks beroperasi di IPTA PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada kafe francais seperti Starbucks, kopitiam dan Dunkin Donuts untuk membuka premis mereka di pusat tumpuan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, sebelum beroperasi kafe-kafe francais itu perlu mendapatkan kebenaran naib-naib canselor universiti berkenaan dan diwajibkan menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar. Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun liputannya masih belum menyeluruh. Menurut beliau, pada masa ini ramai penuntut universiti sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di pusat bandar sambil melakukan tugasan mereka. “Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti kalau usaha ini boleh menggalakkan pelajar melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi,” katanya selepas menutup Konvensyen Pengetua dan Kolej Kediaman IPT Peringkat Kebangsaan di sini. Idris menambah: “Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi kafe-kafe itu mesti beroperasi di pusat tumpuan pelajar.” Katanya, kewujudan kafe-kafe francais di IPTA akan meningkatkan lagi keselesaan para penuntut IPTA kerana kemudahan Internet membantu pembelajaran mereka. Bagaimanapun, katanya, pemilik kafe-kafe itu perlu memberi subsidi kepada penuntut kerana harga minuman dan makanan di premis itu agak mahal.
Dah lama aku tak menjenguk, meneguk atau menelan apa-apa yang dijual kat Starbucks ni... apa-apa pun, aku kurang setuju dengan pembukaan kafe-kafe macam ni kat IPTA... dah tu boleh pulak nak suruh peniaga-peniaga ni bagi subsidi? Macam menongkah arus je dengan polisi sekarang yang nak kurangkan subsidi...
Apa pun aku tak nak komen banyak-banyak pasal polisi, nanti tak pasal-pasal kena gam! Cuma sebagai seorang Muslim, aku harap kita renung semula siapa pemilik Starbucks nih... boleh cari dalam Wikipedia... Tengok agamanya...
Kita membantah Israel a.k.a Yahudi menzalimi Palestin, tapi pada masa yang sama, kita jugak yang bagi 'dana' kepada mereka dengan menyokong produk-produk Yahudi.. terpulang.. sekurang-kurangnya aku dah jalankan tanggungjawab aku.. korang pikir la sendiri!..
Tuesday, June 24, 2008
KISAH BORANG TUNTUTAN TUNAI REBET
Thursday, June 19, 2008
IE 5.5+ PNG Fix
Tuesday, June 17, 2008
Dah Susah, Makin Menyusahkan
Friday, June 06, 2008
Life Must Goes On
Would it be the same as "Bloody Sunday" on 28th May 2006? It is suppose to be a protest of anti-oil-price- hike-kind of demonstration but as you can notice, when the Federal Reserved Unit (FRU) interfere and starting to provoke the crowd, blood was spilled out.
(Picture from Malaysiakini)
Is this the way we want it in Malaysia? So pls... I'm hoping the government would listen to the people's voices... not just doing whatever they want... Malaysians are suffering... following the oil price hike will be our daily goodies such as rice (price are already hiking), sugar, flour etc. you name it... today everything is getting expensive while our monthly income still the same.. dang!!..
Well people, pity me, I'm going back to my home town today... and "enjoying" the journey while filling my tank with newly structured oil price (Ouch)! Thank you Malaysian Government!...
Thursday, June 05, 2008
Ubah gaya hidup
Minyak lagi
Perdana Menteri humban rakyat ke arah hidup lebih terdesak
Wartawan Kita Wed | Jun 04, 08 | 7:43:57 pm MYT | |
KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Terima kasih rakyat Malaysia yang memberi kuasa kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertakhta semula pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan terimalah pengundi BN dengan dada terbuka. Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan kenaikan bebanan hidup yang semakin mendesak sekarang. "Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk. "Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini. Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini. Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini. Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. "Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia. "Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini," ujarnya. Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul. Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini. |
Minyak Naik Lagi
From paultan :
The following is the new prices of petrol effective from midnight (05/06/2008) :
| New Price | Old Price |
RON97 Petrol | RM2.70 per liter | RM1.92 per liter |
RON92 Petrol | RM2.62 per liter | RM1.88 per liter |
Diesel | RM2.58 per liter | RM1.58 per liter |
Petikan dari Utusan Online :
Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43
|
|
PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.
Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.
Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.
Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP).
Abdullah menjelaskan, subsidi bahan api distruktur semula bagi memastikan bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil dan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Subsidi bahan api tetap diberikan kepada rakyat di bawah penstrukturan baru itu, kata Perdana Menteri.
“Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual.
“Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen.
“Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah.
Diskaun itu, kata beliau, akan diberi secara tetap. Walaupun harga minyak diselaraskan sebulan sekali, kerajaan akan memastikan diskaun 30 sen itu terus diberi, ujarnya.
Utusan Malaysia difahamkan, mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini.
Semasa sidang akhbar, Perdana Menteri ditanya kemungkinan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan itu menyebabkan kerajaan pimpinannya kurang popular di kalangan rakyat.
Abdullah menjawab: “Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.''
Menjawab soalan daripada seorang wartawan Indonesia yang mengatakan di negaranya kenaikan harga minyak telah mencetuskan demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan, Perdana Menteri berkata:
“Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini.
“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.''
Abdullah memberitahu, Kabinet yang membincangkan soal kenaikan harga minyak dalam mesyuarat selama empat jam hari ini meneliti satu per satu kesan yang akan timbul daripada keputusan itu.
Sidang akhbar Perdana Menteri hari ini turut disertai anggota-anggota Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsyam A. Aziz.
Turut hadir ialah Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohd. Noh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Dr. Sulaiman Mahbob.